Ahad, 6 Jun 2010

HOME

HOME
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Adakah anda berminat untuk menjual topup easyreload serendah RM3 dengan menggunakan HP anda sendiri dan YM? Jika YA, anda boleh sertai kami dengan yuran pendaftaran yang amat murah. Lihat bahagian Pakej Pendaftaran perbezaan setiap pakej.
Terima kasih kerana anda telah berjaya sampai ke Laman Web Mytopup2u.com. Ini bermakna, anda berminat untuk menjalankan perniagaan topup berasaskan dengan penggunaan telefon bimbit. Ia memudahkan anda untuk melakukan transaksi jualan walaupun di mana anda berada.
Anda boleh menjual atau topup HP anda serendah RM3 dan ke atas bagi semua produk yang disediakan oleh kami. Anda boleh nikmati profit yang lebih tinggi berbanding syarikat lain di mana anda boleh bandingkan faedah yang anda akan dapat berbanding syarikat-syarikat lain.
Kini, adakah anda tahu bahawa anda kini boleh membuat duit dengan perniagaan topup easyreload. Jika anda seorang pelajar, mungkin ini adalah perluang terbaik untuk anda mencari pendapatan sampingan dengan modal yang murah. Adakah anda tahu bahawa kini pengguna telefon bimbit sudah mencecah 2.6 million orang. Adakah anda percaya bahawa sebilangan mereka ini melakukan tambah modal kepada telefon bimbit mereka purata RM50 seminggu. Cuba anda bayangkan jika anda salah seorang agen topup easyreload dan mempunyai ramai pelanggan. Lumayan bukan. Bisnes topup easyreload ini sudah terbukti akan memberikan keuntungan kepada anda.
Bagi yang tidak minat dengan bisnes, anda boleh menggunakan topup untuk diri anda sendiri. Anda tidak perlu lagi pergi ke kedai untuk membeli topup easyrelaod. Anda boleh topup no anda sendiri jika kehabisan topup walupun pada pukul 3 pagi. Ia terjadi kepada saya sejak menyertai topup easyreload ini. Saya sudah tidak pergi ke kedai lagi kerana saya sudah boleh topup no saya sendiri kerana saya salah seorang agen topup easyreload dan sebagai Master Negeri syarikat iaitu wakil syarikat bagi setiap negeri atau kawasan.
Di bawah ini adalah statistik pengguna telefon bimbit yang semakin meningkat.

Adakah pada setiap hari anda menjalankan aktiviti yang melibatkan anda terpaksa menghabiskan prepaid anda, tetapi dalam masa yang sama anda tidak mempunyai banyak wang untuk menambah prepaid. Hari ini saya tidak akan membuat masa anda lagi kerana saya akan memperkenalkan kepada anda sistem topup easyreload dimana anda boleh menambah topup anda hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.
Sebelum itu, saya akan mencadangkan beberapa pakej yang boleh anda mendaftar dan nikmati faedah bagi setiap pakej yang anda akan pilih. Di bawah adalah senarai pakej yang boleh anda lihat dan anda boleh lihat bahagian pakej pendaftaran untuk melihat kelebihan setiap pakej.

SUB RETAIL
YURAN PENDAFTARAN RM0
AGEN RETAIL
YURAN PENDAFTARAN RM20
AGEN BIASA
YURAN PENDAFTARAN RM30
MASTER AGEN
YURAN PENDAFTARAN RM150
MASTER DEALER
YURAN PENDAFTARAN RM320
MINI SERVER
YURAN PENDAFTARAN RM690

Di atas adalah yuran pendaftaran yang anda boleh pilih mengikut pakej yang anda minati. Di sini saya tidak memaksan untuk anda memilih kerana anda perlu memilih mengikut keperluan dan kemampuan anda sendiri. Tetapi, kemungkinan anda tidak tahu bagaimana sistem ini akan beroperasi. Di bawah anda sedikit gambaran bagaimana sistem ini akan beroperasi.

Di atas ini adalah gambaran bagaimana sistem ini akan beroperasi.
1. Anda sebagai agen akan menghantar pesanan mengikut format sms kepada server.
2. Server akan menghantar topup kepada pelanggan.
3. Server akan menghantar report transaksi kepada anda.
Sungguh mudah bukan bagaimana cara sistem ini beroperasi.
Di bawah ini adalah beberapa kelebihan yang anda akan dapat mengikut pakej yang anda daftarkan dan kelebihan-kelebihan ini akan membantu anda peroleh pendapatan sebagai agen topup easyreload.
Bagi Pakej Retail [ RM20 ] & Sub Retail [ RM0 ], sila lihat bahagian pakej pendaftaran profit setiap pakej Retail & Sub Retail ini.
Ini adalah serba sedikit maklumat yang disampaikan untuk memudahkan anda untuk memahami serba sedikit mengenai perniagaan topup easyreload ini. Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak maklumat, anda boleh lihat di bahagian yang disediakan seperti pendaftaran, format sms dan sebagainya.